Cart 0
40_Tokoh_Islam_FA-02-240x343

40 Tokoh Islam

RM 28.00


===========================

Format: Paperback

ISBN-13: 978-967-366-004-9 

Tarikh Terbit: 30 Jul 2013

Jumlah Muka Surat : 184

Berat (kg): 0.45

===========================

 

Sinopsis

Buku 40 Tokoh Islam memuatkan 40 kisah tokoh Islam yang banyak memberi sumbangan dalam perkembangan ilmu,sama ada ilmu agama atau ilmu dalam bidang yang berkaitan dengan kehidupan dunia. Ia meliputi zaman selepas Nabi Muhammad meninggaldunia pada tahun 11 hijrah bersamaan 632 Masihi sehingga ke zaman ilmuwan Islam yang masyhur.


Apabila membaca buku ini, insya-Allah pembaca dapat mengenali tokoh-tokoh Islam yang berjaya dan menjadi perintis dalam bidang masing-masing. Hasil daripada sumbangan mereka, kita dapat dimanfaatkan oleh generasi kini sehingga pembaca dapat melihat dan menikmati pelbagai kemajuan di dunia kita pada hari ini.

 

Bahagian 1: PEMIMPIN ISLAM

1. Muhammad bin Abdullah    
2. Abu Bakar as-Siddiq    
3. Umar bin Khattab    
4. Usman bin Affan    
5. Ali bin Abi Talib   

Bahagian 2: SAHABAT NABI

6. Bilal bin Rabah    
7. Zaid bin Sabit    
8. Anas bin Malik    
9. Abu Hurairah    
10. Muaz bin Jabal    
11. Abdullah bin Abbas    
12. Salman al-Farisi    
13. Suhaib bin Sinan    
14. Abdul Rahman bin Auf    
15. Zaid bin Harisah    
16. Mus’ab bin Umair    
17. Zainab bin Jahsy    
18. Ummu Salamah    
19. Safiyah Huyay    
20.Saudah Zam’ah    
21.Hafsah

Bahagian 3: ILMUWAN ISLAM

 22.Al-Battani    
23.Al-Biruni    
24.Al-Haitham    
25.Khawarizmi    
26.Ibnu Sina    
27.Al-Kazwini    
28.Muhammad al-Idrisi    
39.Sibawaih    
30.Ibnu al-Arabi   

Bahagian 4: IMAM MAZHAB

31. Imam Abu Hanifah    
32. Imam Malik    
33. Imam Syafie    
34. Imam Hambali   

Bahagian 5: PAKAR HADIS

35. Imam Bukhari    
36. Imam Muslim    
37. Imam Tirmizi    
38. Imam Abu Daud    
39. Imam Nasai    
40. Imam Ibnu Majah   

===========================

Review

Mempunyai anak yang soleh adalah harapan dan keinginan setiap pasangan suami isteri. Doa anak yang soleh tidak putus-putus pahalanya walaupun ibu bapa sudah berada di alam kubur. Didiklah anak-anak supaya mereka mengenali tokoh-tokoh Islam, mudah-mudahan mereka berjaya di dunia dan di akhirat. Mereka akan membahagiakan para ibu bapa dan memberi manfaat yang besar untuk seluruh dunia.

 

Tak kenal maka tak cinta. Seandainya mereka tidak diperkenalkan dengan tokoh-tokoh Islam sejak dari kecil lagi, mereka mudah cenderung untuk mengagung-agungkan tokoh bukan Islam, atau lebih teruk lagi, para artis yang tidak senonoh dan tidak bermoral akan menjadi idola mereka. Jangan biarkan anak kita terjebak dengan perkara yang membinasakan mereka.

 

Dengan lukisan kartun yang comel dan ilustrasi yang menarik, buku ini mampu memupuk minat anak-anak untuk membaca dan mengenali 40 tokoh Islam yang terbaik dalam pelbagai bidang ilmu. Semua muka surat buku ini penuh berwarna-warni dan penuh keceriaan untuk tatapan anak-anak. Gaya bahasanya juga mudah dan ceritanya senang untuk difahami. Setiap bab juga mempunyai info dan biodata ringkas bagi setiap tokoh yang diceritakan.

 

Semoga kehadiran buku yang comel dengan kartun yang menarik ini dapat memupuk sifat cintakan ilmu dalam diri anak-anak. Kisah-kisah 40 tokoh Islam dalam buku ini pasti akan menjadi inspirasi buat mereka. Mudah-mudahan mereka akan menjadi tokoh Islam yang terkemuka pada zaman mereka nanti.